Friday, June 17, 2011

Kelas jahitan manik di Kota Bharu

Semasa kelas jahitan manik yang diadakan oleh Intan Mastura atau Imass, Kami dapat mempelajari banyak jenis paten jahitan seperti taliair. buat bunga ros dengan sequin, manik tabur ( bukan sembarangan tabur rupanya ada undang-undang juga) dan lain-lain. Walaupun sebelum ini saya sudah selalu menjahit tetapi kali ini banyak juga saya mendapat ilmu baharu dan tips yang berguna. Selama ini saya hanya membuat berdasarkan buku tanpa guru secara formal. Terima kasih Intan kerana memberi tunjuk ajar terutama cara hendak memulakan jahitan dan mengakhiri supaya kemas.. dah tentu selama ini saya buat knot bulat aje..Satu lagi tip ialah menggunakan sabun untuk membuatkan benang menjahit menjadi kuat tidak berbulu dan harum baunya.Mudah! gosok saja benang pada permukaan sabun. Oh..lupa plak pasal kelas di Hotel Suria itu sungguh menyeronokkan walaupun hanya 15 belas orang.Thank u for sharing the secret..

No comments:

Post a Comment