Monday, June 20, 2011

Jom! jahit manik sumber pendapatan

Saya mula mengambil tempahan untuk jahit manik beberapa tahun yang lalu dan nampaknya sambutan amat menggalakkan.Sebenarnya saya agak takut hendak mengambil order dari internet kerana takut tidak sempat untuk membuatnya di sebsbkan oleh kekangan masa. Kalau saya hendak mencari pekerja takut pula mutu jahitan tidak kemas atau pelanggan tidak berpuashati dengan jahitan orang lain terutama dari segi mutu dan kekemasan.Ini kerana saya mesti menjaga hati pelanggan yang mahu khidmat kita..Itulah dilemanya..jadi bila pula hendak maju untuk jadi orang bisnes berjaya bila asyik memikirkan tentang kualiti? Moral di sebalik hal ini ialah jangan haloba untuk ambil tempahan melimpah-ruah tetapi harus berpada2 padan dengan kemampuan untuk menjahit dengan mengekalkan kualiti jahitan ye?

Friday, June 17, 2011

Kelas jahitan manik di Kota Bharu

Semasa kelas jahitan manik yang diadakan oleh Intan Mastura atau Imass, Kami dapat mempelajari banyak jenis paten jahitan seperti taliair. buat bunga ros dengan sequin, manik tabur ( bukan sembarangan tabur rupanya ada undang-undang juga) dan lain-lain. Walaupun sebelum ini saya sudah selalu menjahit tetapi kali ini banyak juga saya mendapat ilmu baharu dan tips yang berguna. Selama ini saya hanya membuat berdasarkan buku tanpa guru secara formal. Terima kasih Intan kerana memberi tunjuk ajar terutama cara hendak memulakan jahitan dan mengakhiri supaya kemas.. dah tentu selama ini saya buat knot bulat aje..Satu lagi tip ialah menggunakan sabun untuk membuatkan benang menjahit menjadi kuat tidak berbulu dan harum baunya.Mudah! gosok saja benang pada permukaan sabun. Oh..lupa plak pasal kelas di Hotel Suria itu sungguh menyeronokkan walaupun hanya 15 belas orang.Thank u for sharing the secret..

Wednesday, June 15, 2011

beads embroidery class

Last week on 11 june i went to beads embroidery class. how exciting that we could meet many people of the same hobbies..beading!I went there with my friend nik nazipah and nadiah najwa.we started our session at 8.30 and adjourned at 6.30. i am proud to learn something new and hopefully boosted up my spirit to sew and sew.

Thursday, June 9, 2011

Manik manik manik

Baju yang nampak biasa2 akan nampak cantik dan unik jika dijahit manik pada lengan atau bahagian hadapan baju (mungkin ada yang menoleh dua kali) atau sekurang2nya kita nampak lain dari orang lain.Kita mempunyai banyak pilihan warna untuk disesuaikan seperti warna contrast, warna lembut atau warna sedondon baju atao corak kain. Kita boleh juga gabungkan manik tadi dengan batu permata acrilic ,sequins dan manik mutiara. Perlu diingat jangan sayang duit untuk beli manik yang berkualiti seperti manik jenama Epal atau Miyuki kerana manik ini lebih cantik berkilat,tahan lama..alah membeli menang memakai. Design pula kita boleh lukis sendiri atau mengubahsuai dari peten dalam buku atau corak dari mana-mana kain yang sesuai. selepas itu anda boleh mula menjahit dan ingatlah menjahit manik memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu mengambil masa yang lama untuk siap..Kesimpulannya tidak semua orang boleh jahit manik.. sebab itu upah mahal ye?Selamat membilang manik!