Friday, November 25, 2011

handmade thread embroidery/sulam benang

FELT CRAFT

recently i was hooked to felt craft.first, i visited Sus n d felt blog.on the following day, i went to her workshop to buy felt material.then i tried to do some items like brooch, keychain of various shapes such as cupcakes, ice-cream, flowers etc.quite interesting to mix and blend with buttons,pearls,beads and sequins too!

Saturday, October 8, 2011

ORDER JANGAN TAK ORDER

Hari khamis baru ini saya terima parcel yang diorder beberapa barang menjahit atau accessories untuk buat beg handmade..seronok terima sebab benda yang kita suka..nah! zip ada,D-ring ada, penyangkut beg, tali beg, rotary cutter..oh satu tak ada ia itu loop turner. lupa nak cakap tadi saya order dari Zila Kassim.Pada hari esoknya terus saja pergi Kota Bharu nak beli kain cotton Jepun. so singgah le kat Kamdar..boleh tahan cantiknya.beli bukan main macam ye ye nak buat. he he lagi koleksi kain! konon nak buat beg! konon nak buat Quilting! so many plans make my life alive and sweet

Monday, September 19, 2011

Baju recycle

Ada seorang teman lama mengirim baju lama dari batik sutera..agaknya nak buang sayang so dia suruh saya beri nafas baru dengan menjahit manik..satu helai tu saya buat jenis crumble, satu lagi saya campur bunga matahari dengan manik tabur, satu lagi guna crystal lilit, yang akhir sekali buat awang larat.. oh menjadi juga rupanya baju lama boleh pakai semula siap lip-lap lagi..he he jimat boleh simpan duit kan?

Tambah koleksi buku menjahit

Entah laa berlambak dah beli buku menjahit..dalam otak ada sejuta projek yang nak buat tapi tak terbuat..i tak faham kenapa orang kata boring tak buat apa2..kita ni tak pernah boring banyak benda yang boleh buat..life is so short so make it sweet. oh ye pasal koleksi buku..hem hem beli buku sulam benang Jepun kat Kinokuniya kirim kat kawan (dia gi KL hantar anak masuk university.tahniah Nadiah),juga buku crochet..hu cantik nye..puas puas insyaallah nak buat juga nanti.

Saya macam tukang rumah

Asyik menjahit baju orang je..raya baru ni dan juga ketika kenduri anak kahwin..jahit baju manik kat baju anak mengerlip-mengerlap, jahit tudung atau veil warna putih untuk akad nikah, biru dan shocking pink untuk bersanding, pink dan grey untuk majlis menghantar, dan at last baju mama tak terjahit! itu laa orang kata tukang rumah buat rumah tapi rumah dia tak siap-siap!

Monday, June 20, 2011

Jom! jahit manik sumber pendapatan

Saya mula mengambil tempahan untuk jahit manik beberapa tahun yang lalu dan nampaknya sambutan amat menggalakkan.Sebenarnya saya agak takut hendak mengambil order dari internet kerana takut tidak sempat untuk membuatnya di sebsbkan oleh kekangan masa. Kalau saya hendak mencari pekerja takut pula mutu jahitan tidak kemas atau pelanggan tidak berpuashati dengan jahitan orang lain terutama dari segi mutu dan kekemasan.Ini kerana saya mesti menjaga hati pelanggan yang mahu khidmat kita..Itulah dilemanya..jadi bila pula hendak maju untuk jadi orang bisnes berjaya bila asyik memikirkan tentang kualiti? Moral di sebalik hal ini ialah jangan haloba untuk ambil tempahan melimpah-ruah tetapi harus berpada2 padan dengan kemampuan untuk menjahit dengan mengekalkan kualiti jahitan ye?

Friday, June 17, 2011

Kelas jahitan manik di Kota Bharu

Semasa kelas jahitan manik yang diadakan oleh Intan Mastura atau Imass, Kami dapat mempelajari banyak jenis paten jahitan seperti taliair. buat bunga ros dengan sequin, manik tabur ( bukan sembarangan tabur rupanya ada undang-undang juga) dan lain-lain. Walaupun sebelum ini saya sudah selalu menjahit tetapi kali ini banyak juga saya mendapat ilmu baharu dan tips yang berguna. Selama ini saya hanya membuat berdasarkan buku tanpa guru secara formal. Terima kasih Intan kerana memberi tunjuk ajar terutama cara hendak memulakan jahitan dan mengakhiri supaya kemas.. dah tentu selama ini saya buat knot bulat aje..Satu lagi tip ialah menggunakan sabun untuk membuatkan benang menjahit menjadi kuat tidak berbulu dan harum baunya.Mudah! gosok saja benang pada permukaan sabun. Oh..lupa plak pasal kelas di Hotel Suria itu sungguh menyeronokkan walaupun hanya 15 belas orang.Thank u for sharing the secret..

Wednesday, June 15, 2011

beads embroidery class

Last week on 11 june i went to beads embroidery class. how exciting that we could meet many people of the same hobbies..beading!I went there with my friend nik nazipah and nadiah najwa.we started our session at 8.30 and adjourned at 6.30. i am proud to learn something new and hopefully boosted up my spirit to sew and sew.

Thursday, June 9, 2011

Manik manik manik

Baju yang nampak biasa2 akan nampak cantik dan unik jika dijahit manik pada lengan atau bahagian hadapan baju (mungkin ada yang menoleh dua kali) atau sekurang2nya kita nampak lain dari orang lain.Kita mempunyai banyak pilihan warna untuk disesuaikan seperti warna contrast, warna lembut atau warna sedondon baju atao corak kain. Kita boleh juga gabungkan manik tadi dengan batu permata acrilic ,sequins dan manik mutiara. Perlu diingat jangan sayang duit untuk beli manik yang berkualiti seperti manik jenama Epal atau Miyuki kerana manik ini lebih cantik berkilat,tahan lama..alah membeli menang memakai. Design pula kita boleh lukis sendiri atau mengubahsuai dari peten dalam buku atau corak dari mana-mana kain yang sesuai. selepas itu anda boleh mula menjahit dan ingatlah menjahit manik memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu mengambil masa yang lama untuk siap..Kesimpulannya tidak semua orang boleh jahit manik.. sebab itu upah mahal ye?Selamat membilang manik!