Seni jahitan manik merupakan satu seni yang terkenal untuk dijahit pada baju kurung,blaus,kusyen,alas meja,jahit beg dan lain2 perhiasan rumah.Selamat datang ke blog saya yang lain : nikkamisah.blogspot.com BEAUTIFUL BEADS, BEAUTIFUL YOU
Monday, June 20, 2011
Jom! jahit manik sumber pendapatan
Saya mula mengambil tempahan untuk jahit manik beberapa tahun yang lalu dan nampaknya sambutan amat menggalakkan.Sebenarnya saya agak takut hendak mengambil order dari internet kerana takut tidak sempat untuk membuatnya di sebsbkan oleh kekangan masa. Kalau saya hendak mencari pekerja takut pula mutu jahitan tidak kemas atau pelanggan tidak berpuashati dengan jahitan orang lain terutama dari segi mutu dan kekemasan.Ini kerana saya mesti menjaga hati pelanggan yang mahu khidmat kita..Itulah dilemanya..jadi bila pula hendak maju untuk jadi orang bisnes berjaya bila asyik memikirkan tentang kualiti? Moral di sebalik hal ini ialah jangan haloba untuk ambil tempahan melimpah-ruah tetapi harus berpada2 padan dengan kemampuan untuk menjahit dengan mengekalkan kualiti jahitan ye?
Labels:
bisnes internet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment