Wednesday, November 6, 2013

KAIN COTTON

Bulan lepas saya pergi Kuala Lumpur beli 10 helai kain cotton kat kedai di Melawati. Nak beli banyak lagi takut pula tak habis.Bila bawa balik ramai pulak yang berkenan sampai habis dah. Itu lah konon takut tak laku,salah perhitungan pulak. Kalau tahu macam tu beli 100 helai pun tak apa! Rugi kalau penakut dalam bisnes ye? Tapi kalau berani sangat pun susah juga kan!Kain cotton kosong tu memang cantik buat sulam manik/beads embroidery atau sulam tangan/handmade thread embroidery.

Friday, November 1, 2013

Seni Sulam dari Hungary

Cuti sekolah yang lepas ,saya dan anak-anak pergi berkunjung ke negeri Hungary. Kami pergi ke Budapest dan sempat singgah di Pasar Central. Dan saya sungguh tertarik dengan seni jahitan tangan yang disulam pada cadar, alas meja,cushion, chairback dan lain-lain. Saya sungguh teruja.Kita juga sepatutnya mengenengahkan seni sulam tradisi ini di negara kita. Mereka sungguh bangga menunjukkan kreativiti itu kepada pelancung sehingga mempamerkan di atas cruise menyusuri Sungai Danube.Frame gambar dan alas meja juga chairback semua disulam cantik.Maaf dah lama tak update dan share pengalaman.

Thursday, February 2, 2012

Jahit tudung

masa kelas Zila Kasim kat Besut hari tu, saya belajar buat tudung ada awning..suka nyer sebab selama ini ingat susah nak jahit tudung. kalau gi kedai susah nak cari yang sesuai,kadang2 awning besar atau labuh tudung tak serupa kehendak kita..saya dapat buat 2 tudung hari tu..nanti laa saya nak jahit lagi banyak2 ikut selera sendiri..

Friday, November 25, 2011

handmade thread embroidery/sulam benang

FELT CRAFT

recently i was hooked to felt craft.first, i visited Sus n d felt blog.on the following day, i went to her workshop to buy felt material.then i tried to do some items like brooch, keychain of various shapes such as cupcakes, ice-cream, flowers etc.quite interesting to mix and blend with buttons,pearls,beads and sequins too!

Saturday, October 8, 2011

ORDER JANGAN TAK ORDER

Hari khamis baru ini saya terima parcel yang diorder beberapa barang menjahit atau accessories untuk buat beg handmade..seronok terima sebab benda yang kita suka..nah! zip ada,D-ring ada, penyangkut beg, tali beg, rotary cutter..oh satu tak ada ia itu loop turner. lupa nak cakap tadi saya order dari Zila Kassim.Pada hari esoknya terus saja pergi Kota Bharu nak beli kain cotton Jepun. so singgah le kat Kamdar..boleh tahan cantiknya.beli bukan main macam ye ye nak buat. he he lagi koleksi kain! konon nak buat beg! konon nak buat Quilting! so many plans make my life alive and sweet

Monday, September 19, 2011

Baju recycle

Ada seorang teman lama mengirim baju lama dari batik sutera..agaknya nak buang sayang so dia suruh saya beri nafas baru dengan menjahit manik..satu helai tu saya buat jenis crumble, satu lagi saya campur bunga matahari dengan manik tabur, satu lagi guna crystal lilit, yang akhir sekali buat awang larat.. oh menjadi juga rupanya baju lama boleh pakai semula siap lip-lap lagi..he he jimat boleh simpan duit kan?